bagaikan jauh jalan yang ku tempuh
langkah demi langkah akan kugagah
hari demi hari
berjalan tanpa henti
yakinku ada sinar yang menanti
bila dah bertemu arah
yakin penuh parah
padaNya yang kuasa dikau berserah
jika kau rebah jika kau kalah
bersaksilah rahmatNya akan terserlah
segala kepahitan
segala keperitan
terima bagai penghapus dosa
malang yang menimpa
duka yang melara
mungkin di baliknya ada bahagia
jangan jangan berputus asa
dari rahmatNya Yang Maha Esa
jangan jangan kita lupa
ujian lumrahnya dunia
*ulang 2,3,4,4*
Thursday, June 2, 2011
berjalan tanpa henti (devotees)
Posted by siti fatimah at 12:58 AM 0 comments
Wednesday, June 1, 2011
rindu kedamaian(devotees)
harapan kesamaran,
bila warna damai kian pudar
bertebaran kata dusta
menghunjam nestapa
tangisan kesayuan
insan meratapi kehilangan
merintih menagih insan
merindui kedamaian
kemana hilang kasih dan sayang
meluntur erti kemanusian
akankah pergi penderitaan
tak ketemu jawapan
(chorus)
dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa
munajat pengharapan
mendamba cahaya keamanan
menyinari kehidupan
kemiulau rahmat tuhan
*ulang 3*
-chorus2x-
*ulang 5*
Posted by siti fatimah at 5:33 PM 0 comments
sebuah.cerita.hidup.
Sebuah. Cerita. Hidup.
Apakah kamu mengira esok kamu ada?
Atau kamu masih bercerita.
Tentang langit kamu yang tak pernah akan padam.
Cinta. Cinta. Cinta.
Apakah kamu pernah merasa?
Sebuah bicara yang tak pernah terkata.
Sebuah kisah yang terbayangkan.
Jangan berlari jauh-jauh.
Ini hanya persinggahan wahai saudara,
Ini hanya persinggahan wahai teman.
Dan kita cuma sedang berjalan.
Langit itu bagaikan arca.
CiptaanMu yang penuh rahsia.
Aku pandang penuh makna,
Dan cintaku padaMu semakin terasa.
Kalam-Mu yang ku sentuh.
Aku rasa begitu menyentuh.
Hingga aku tertanya-tanya,
Saat cinta-Mu meraja qalbu.
Maka perlu apa lagi manusia beribu?
Cerita kita di dunia, hanya cebisan dari nikmatMu.
Saat tamatnya waktu untuk aku bersamamu.
Air dan permata pasti jua berdebu.
Maka sampai bila,
aku harus begitu?
Memandang wajah-Mu,
Dalam diam, rahsia cinta-Mu yang sentiasa berlagu.
Bersama kalam-Mu yang selalu ku rindu.
Aku duduk tersenyum tanpa jemu.
Leka walau senyumanmu hadir beribu.
Hadir dalam rahsia.
Dalam indah dunia.
Bersama dirimu taulan.
Kita bersama mengejar cintaNya.
Senyuman dan tawaan teman.
Itu anugerah dari-Mu Tuhan..
Posted by siti fatimah at 5:20 PM 0 comments
~Kawan ketawa senang dicari kawan menangis susah dicari,ttpi shbt ada dwaktu suka dan duka~
Memilih sahabat yang baik sangat penting kerana sahabat banyak menyumbang pada peribadi seseorang. Dalam sedar atau tidak, sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (hadis riwayat Abu Daud)
Ciri sahabat yang baik memang banyak, tetapi yang paling utama ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah dan mengajak supaya menjauhi larangan Allah.
Dari Ibnu Abas r.a berkata, Rasulullah ditanya : Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah menjawab, "Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalanya."
(Hadis riwayat: Imam Abdu bin Humaid)
Carilah sahabat yang membantu sahabatnya menunaikan amanahnya serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat, dia juga mendorong sahabat mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Seorang bijak pandai berpesan ‘sahabat yang baik bukan yang membenarkan apa yang anda kata, tetapi berkata benar mengenai anda’.
Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata: Dari Nabi SAW , Baginda bersabda : "Janganlah kamu berteman, kecuali dengan orang mukmin, dan jangan pula memakan makananmu kecuali dengan orang yang bertaqwa." (Hadis riwayat , Abu Daud, at Tirmizi, Ahmad dan Add-Darimi)
NASIHAT yang boleh kita ikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebutnya.
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sama-sama kita menjadi sahabat sebegini...sahabat yang dapat memberi manfaat kepada sahabat lain...Allahua'lam.
Posted by siti fatimah at 3:16 AM 0 comments
Tuesday, May 31, 2011
kisah rasulullah ersama Muaz r.a
Posted by siti fatimah at 11:54 PM 0 comments
untuk al AQSA
salam ukhwah..
“kenapa perlu kita peduli palestine??itu bukn negara kita??biarlah mereka dgn mslh mereka”..kdg kala ayat2 ini sering kita dengar ayat2 ini bahkan dari mulut saudara seislam kita sendiri.wahai saudara2 ku..sejauh manapun bngsa arab di bumi palestine,islam tidak membezakan kita dari batasan negara,atau warna kulit..buknkah iman dan taqwa membezakan kita,bukn pangkat atau ktrunan??bukn juga sempadan negara??kenapa jadi begini skali??mungkin skali bumi islam prnh dijajah dn rncngn bijk penjajah memisahkn kita mengikut blok2 negara yg brbeza supya kita sukr unutk brstu dn trus kita mengikut acuan individualisme..TETAPI,sekarang kita harus sedar!!!sekiranya darah orng Palestine itu tumpah,itu adalah darah umat islam..itu adalah darah kita!!!adakah anda sanggup sekadar melihat dn cuma brkata,”tidak berperikemanusiaan skali”.kita bercakap ats dasar kemanusiaan??hairn bukn..tidakkah sepatutnya kita brckp ats dsr,ukhwah dan prsaudaraan Islam???buknkah darah kita dan darah umat Palestine itu sama??darah orng yg brsaksi bahwa Allah itu Tuhan satu2 nya yg wajib disembah dan Muhammad itu pesuruhNya??
Sungguh ya akh fillah..
kita mungkin sekali tidak mampu ke sana untuk brsama mereka..tetapi kita mampu menolong mereka disini..BOYCOTT brngn Israel!!!kenapa???saya ingin bertanya anda,sanggupkah anda menjadi penyumbang kepada Israel untuk membeli peluru membunh saudara umat Palestine di sana??setiap wang itu diguna untuk tujuan perang..dan adakah anda snggup menjawab kelak kepada saudara Palestine kita bila dia berkata “Kamu telah membunuh aku!!dimanakah saudara seagamaku???!!!”SANGGUPKAH ANDA???dan juga bila nanti ALLAH BERTANYA KEPADA SETIAP DARI ANDA..APAKAH YANG KAMU SUMBANGKAN UNTUK AGAMA INI?????tidakkah ANDA MALU???!!!!!!!MALULAH SAYA,MALULH KITA!!sanggupkah kita menjadi penyumbng untuk kekejaman???????sanggupkah untuk membunuh saudara Islam kita??lihatlah tangan anda.mahukh di hari Pembalasan nanti,tangan anda disaluti dn dibasahi darah saudara Palestin kita???
akh fillah
ingat,sekurang2 nya kita mampu menyumbngkn sesuatu untuk agama ini..kalau anda kata anda solat dn mnjga rukun islam itu shaja sudah cukup,tidk prlu tmbh apa2 lagi,fikirlah yg umat Palestin itu mempertahankn Al Aqsa untuk kita??mereka juga solat dan menjaga rukun Islam..bahkan mereka menjaga agama ini untuk kita..mereka menunjukkan walaupun mereka kekurngn,tetapi tidak akan menyerah!!!mereka akn trus berjuang untuk membebaskan Palestina.mereka akn trus mncari kematian untuk redha Allah..supaya bila Allah brtnya nanti,merekan akn berkata,aku mati kerna membela Al-Aqsa,membela agama Mu dan membela kaum muslimin lain..dimanakh kita ketika itu???adakah itu tidak memberi makna kepada anda??
Posted by siti fatimah at 10:36 PM 0 comments
menghargai sat kehidupan REMAJA
Menghargai Saat Kehidupan Remaja
Sementara umur masih remaja, amatlah penting untuk seorang remaja Islam menurut segala ajaran Islam dengan mendalami pengetahuan Islam mereka dan menyampaikannya kepada rakan yang lain. Saat remaja tidak akan kekal selama-lamanya, maka dengan itu, sudah tentu remaja Islam tidak sepatutnya leka dan perlu menggunakan peluang seumur hidup sekali ini untuk menegakkan kalimah Allah sebelum peluang itu hilang selama-lamanya. Remaja Islam masa kini hendaklah menelusuri teladan para remaja Islam di zaman Rasululllah SAW yang telah meninggalkan jejak langkah kejayaan dalam menegakkan syiar Deen Allah. Marilah kita mengingatkan kembali pesanan Rasulullah SAW dalam sabda baginda : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba mati." [HR al-Hakim dan al-Baihaqi]
Semoga Allah SWT merahmati kita dengan menganugerahkan sahabat-sahabat yang beriman dan menjadi pendukung dalam usaha kita berdakwah mengembalikan Daulah Khilafah. Ameen
Posted by siti fatimah at 10:35 PM 0 comments
