Saturday, June 25, 2011
tolong ea?
Posted by siti fatimah at 3:41 AM 0 comments
Thursday, June 23, 2011
bab 2~selamat mebaca~
" cepat lah sikit siap tu!"
Ujar ummi dengan tegas untuk menyuruh Qaniah cepat bersiap. Pada hari itu mereka sekeluarga akan pergi bercuti di Tanjung Balau.Kakak Qaniah,Aisyah sudah lama bersiap.Tinggal tunggu Qaniah yang mandi berejam-rejam.Memang lagaknya menyakitkan hati.tapi,apa nak buat,dah memang perangai hakiki dia macam itu.
ahli keluarganya telah bersedia di dalam kereta.hanya tunggu masa nak bergerak sahaja.mereka seronok bukan main.apa taknya,mereka sangat jarang berkumpul.percutian itu pun,tidak kesemua ahli keluarganya pergi bersama.kakak kedua yang lebih mesra dipanggil angah dan abang tunggalnya,Baim belajar di Mesir.Mengambil jurusan pendoktoran.rindu memang rindu.tapi,memang sudah itu cita-cita mereka. tak boleh buat apa dah.apabila bercerita tentang mereka yang sedang bergelumang dengan ilmu di mesir,pasti ada di kalangan ahli keluarganya yang menitiskan air mata rindu kepada mereka.
Qaniah menggelamun sambil melihat keindahan dalam perjalanan ke Tanjung Balau.alunan selawat dan qasidah oleh kumpulan inteam dan unic memecah susana.kadang kala,terdengar suara Qaniah mengikut sama berselawat.dia memang suka bernasyid.lebih lebih lagi apabila nasyid yang didendangkan boleh mendatangkan pahala kepadanya.boleh dikatakan,dia memang tidak tahu lagu terbaru pop,hits,balada,rock.semua dia tak tahu.yang dia tahu hanyalah tentang perkebangan kumpulan nasyid di malaysia.lagu inggeris?dia hanya tahu satu lagu.lagu apa?mestilah lagu you raise me up-westlife.
suara umminya mengakhiri lamunannya.
"adik,nanti ambil gambar ya masa kita lalu di jambatan yang cantik tu?"
qaniah tidak membantah.dia hanya menurut.
tiba sahaja di Tanjung Balau,mereka mencari tempat letak kereta.semua mata meninjau-ninjau di kawasan tempat letak kereta itu.tiba di suatu tempat yang redup,ummi telah memberi isyarat untuk masuk ke petak itu.namaun,ada kereta yang hendak melalui jalan itu.ummi memberi laluan.tiba tiba,satu kereta perodua Viva memberi isyarat untuk masuk ke petak yang sama.abi cepat-cepat menekan hon supaya kereta itu menghentikan keretanya.namun pemandu kereta itu membuat muka selamba.wajah ahli keluarga Qaniah masam mencuka.
-akan bersambung esok-
Posted by siti fatimah at 6:50 AM 0 comments
Friday, June 3, 2011
adakah salah kami bercinta??
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun
mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!
Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.
Posted by siti fatimah at 12:40 AM 0 comments
Thursday, June 2, 2011
dipetik dari majalah....
Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,
Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.
Kebodohan utama manusia,
Adalah sifat menipunya.
Kesedihan utama manusia,
Adalah rasa iri hatinya.
Kesalahan utama manusia,
Adalah mencampakkan dirinya,
Dan orang lain.
Sifat manusia yg terpuji adalah rendah hati,
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya,
Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,
Harta utama manusia adalah kesihatan.
Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,
dan tidak memiliki kebijaksanaan,
Ketenteraman manusia adalah,
Suka bersedekah dan beramal.
Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,
Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.
Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,
Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.
Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.
Posted by siti fatimah at 11:45 PM 0 comments
liku-liku perjuangan palestin:di manakah posisi kita???
Liku-liku Perjuangan Palestin, dimanakah posisi kita?
Oleh : BroHamzah
Masih segar dalam ingatan saya, pengalaman bersama dengan seorang pejuang Palestin yang hadir ke Malaysia tahun lepas ketika mengiringinya sepanjang sesi perkongsian beliau berkaitan isu Palestin. Semalaman saya dan dua orang sahabat saya menemaninya ketika beliau hadir dalam kunjungan ke Kota Bharu.
27 April 2010, adalah tarikh yang sangat istimewa buat saya. Allah SWT mengizinkan saya bertemu dan menyelami kehidupan seorang pejuang yang bermatian-matian mempertahankan deen Allah SWT dan juga tanah air ummat Islam iaitu Bumi Palestin.
Abu Mu’min, individu yang bertubuh sasa dan memiliki raut wajah yang dihiasi ketenangan dan kedamaian. Beliau adalah salah seorang insan yang dilahirkan di Bumi Palestin dan dibesarkan di Bumi Barakah itu. Alhamdulillah, dalam tempoh yang sangat singkat, Allah SWT mengurniakan kesempatan yang jarang saya perolehi. Kesempatan, untuk menilai diri dan diberi satu pengajaran yang sangat besar dalam hidup.
Abu Mukmin, merupakan salah seorang yang kuat dan aktif memperjuangkan isu Palestin. Isu yang berkaitan rapat dengan soal akidah ummat Islam. Tiupan semboyan semangat cintakan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian harus disemarakan setiap masa dan ketika. Ia tidak boleh luput daripada jiwa-jiwa para pemuda dan seluruh ummat Islam.
Benar. Palestin dan darah yang mengalir tumbuh di bumi perjuangan ini telah mengugah nurani umat Islam seluruh dunia. Ini jelas seperti yang diungkapkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi :
“ Palestin dan Baitulmaqdis mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. Hal ini sudah disepakati oleh seluruh kaum Muslimin dan seluruh kelompok, mazhab dan aliran-alirannya dan sudah menjadi ijmak umat dari satu hujung dunia sampai ke hujung dunia yang lain. Maka tidaklah menghairankan apabila seluruh kaum muslimin selalu konsisten dalam membela, ingin sangat (ghairah), melindungi tanah, kehormatan dan kesucian Baitulmaqdis serta mengorbankan jiwa, raga dan harta benda dalam melindungi dan mengusir para pencerobohannya.”
Saya masih teringat perkongsian saya bersamanya dalam sembang-sembang kami sewaktu ditempat penginapan di Bandar Kota Bharu. Beliau menceritakan kepada kami, tentang kehidupan para pemuda Palestin yang dididik dengan didikan ruh Islam yang kuat dan berpengaruh.
Rahsia menjadi pejuang ummah
Seorang sahabat saya menanyakan tentang rahsia pendidikan mereka dalam membentuk generasi muda yang beriman dan seterusnya mampu menjadi pejuang agama Allah SWT.
“ Wahai pemuda, kami mulakan semua ini dengan proses Tarbiyah Islamiyah. Proses menyemai keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT di dalam jiwa dan sanubari anak-anak kami yang masih kecil. Inilah ASAS utama kami. Tarbiyah Islamiyah.” Ujar Abu Mukmin.
Mendidik Remaja di Palestin
“ Setiap remaja di Palestin, akan mempunyai pertemuan mingguan secara berterusan. Dalam tempoh lebih kurang dua jam, mereka akan di minta menghafal 10 ayat Al-Quran, menghafal satu hadis Rasulullah SAW, berbincang satu bab dari Sirah Nabi SAW, menambah maklumat pengetahuan tentang Negara Ummat Islam. Perkara ini berlaku secara konsisten sehinggalah kini.” Ceritanya lagi.
Saya dan sahabat saya khusyuk mendengarnya. Tarbiyah Islamiyah (Didikan Islam) yang mengakari hati pemuda Palestin menjadi tunjang kebangkitan rakyat Palestin. Kini, saya sedar dan faham : bahawa rahsia mereka adalah tarbiyah.
Proses penanaman aqidah berlaku dengan teliti dan ianya adalah perkara pokok yang menjadi tunjang pembinaan generasi syabab (pemuda) di Palestin. Penyebaran Kefahaman Islam dan kesedaran Islam melebar secara meluas di Palestin sehingga jiwa-jiwa anak-anak muda terusik untuk bangkit dan menjiwai deen mereka secara sedar dan bersungguh-sungguh. Mereka difahamkan tentang halal dan haram dalam Islam. Mereka juga diingatkan agar menjauhi perkara maksiat dan mungkar.
Saya begitu teruja dengan proses tarbiyah ini. Ia berlaku secara real dan perlaksanaan juga diteliti dan dipantau agar segala proses pembentukan asas ini benar-benar kukuh dan terpasak teguh dalam jiwa anak-anak muda Palestin. Maka, lahirlah nama-nama hebat yang melingkari sejarah perjuangan Palestin.
As Syahid Ahmad Yassin, Dr Abdul Aziz Rantisi, As Syahid Muhannad, As Syahid Faris Audah dan ramai lagi. Mereka melakarkan sejarah kehidupan mereka dengan darah perjuangan yang suci dan mereka telah membuktikannya.
Saya sangat-sangat mengagumi As Syahid Ahmad Yassin. Sejarahnya, kehidupannya, kezuhudannya dan perjuangannya benar-benar menggugah jiwa saya. Beliau merupakan anugerah Allah swt yang amat berharga buat rakyat Palestin dan umat Islam. Beliau adalah seorang mujahid sejati, pejuang yang berjiwa kental, tokoh yang luar biasa, motivator, perancang strategi dan sumber inspirasi ribuan rakyat Palestin yang mahukan kebebasan.
Beliau merupakan ikon ketegaran perjuangan umat Islam Palestin dan sumber inspirasi bagi para mujahid yang berjuang di jalan yang sukar ini. Sekali lagi ditegaskan beliau telah membuktikan kelemahan tubuh badan bukanlah halangan untuk terus berjuang dan akhirnya mati syahid. Yang merbahaya ialah kelemahan iman dan jiwa.
Teringat saya kepada seorang Syeikh dari Palestin yang pernah datang ke Malaysia sebelum ini. Matanya buta, tetapi mata hatinya celik jauh melampaui kecelikan orang-orang yang celik matanya.Namanya, syeikh Abu Bakr :
Antara pesannya, “Mulailah dari mencintai Al-Quran. Didikan itu telah melahirkan satu generasi yang beramal untuk akhirat.”
Itulah rahsia kekuatan jiwa mereka. Al-Quran dan Al-Quran sahaja.
Mereka tidak mengutip ayat-ayat Allah itu sekadar untuk dihafal atau dilagukan, bahkan menjadi satu inspirasi kekuatan jiwa buat diri mereka. Bahkan, seorang budak lelaki Palestin, iaitu Ibrahim Nizar Rayyan selalu berdoa agar Allah kurniakan syahid kepada dirinya. Berapa umurnya ketika itu? 16. Baru 16 tahun. Tetapi, amalannya mendahului orang yang berumur 61 tahun barangkali. Dia selalu qiamullail dan berpuasa sunat.
Ibunya yang mendengar doanya, bahkan membenarkannya. Akhirnya, dia berjaya membunuh seorang ahli nuklear Zionis. Mari kita tanya diri kita dan masyarakat kita, di manakah anak-anak muda kita yang berumur 16 tahun dan ke atas hari ini?
MasyaAllah.
Nasihat Buat Kami
Pada saat malamnya, Abu Mukmin mengimami Qiamullail solat sunnat dua rakaat, kemudian beliau memberi sedikit tazkirah sebelum kami lelapkan mata pukul 2.30 pagi. Dan selepas itu, kami diajar cara bersenam. Katanya, beliau tidak bersenam pada siang hari kerana sibuk dengan aktiviti yang disusun untuknya. Jadi, dengan kesempatan dan ruang yang ada kami bersenam secara ringkas sebelum tidur.
“ Saya berpesan kepada kalian. Biasakan diri antum dengan Qiamullail (mendirikan malam) walaupun hanya dengan dua rakaat. Antum perlu sentiasa beriadhah untuk kekuatan fizikal, lazimi ibadah-ibadah sunnat dan beristiqamahlah antum.”
Katanya inilah kekuatan seorang mukmin. Beliau menceritakan, seorang ketua mereka yang telah Syahid iaitu Dr Rantisi, setiap malam akan mendirikan qiamullail (solat malam) 3-5 jam semalam, dan tidak pernah meninggalkannya dalam kehidupan beliau. Solat sunnat dhuha dilazimi sentiasa dan selalu berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT memohon keampunan kepada Allah SWT.
Sebelum pulang semasa saya dan sahabat saya, Abu Mujahid menghantar beliau ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan sekali lagi beliau berpesan :
“ Akhi, jangan tinggalkan Qiamullail dan perlu selalu riadhah. Setahun lagi jika kita berjumpa, antum akan merasai kelainannya jika antum laksanakan pesanan ini secara istiqamah. Jika gagal melaksanakannya, antum akan menyesal.” Beliau berpesan dengan bersungguh-sungguh sambil memandang tepat ke mata saya.
Saya berkata : “ Syukran Abu Mukmin, sehingga berjumpa lagi nanti.”
Beliau tersenyum dan menjawab : “InsyaAllah, Kita akan bertemu di syurga nanti.”
Kekuatan ruhiyah dan imaniyah merentasi liku-liku perjuangan
Liku-liku perjuangan rakyat Palestin diwarnai dengan kesengsaraan, keperitan, simbahan darah merah, kekejaman, kezaliman dan air mata. Melihat segala bentuk penderitaan mereka di kaca televisyen tidak sama dengan penderitaan fizikal yang dirasai sendiri oleh mereka. Ya tidak sama.
Kita melihatnya dengan mata di sudut dunia yang berbeza dengan mereka. Hati kita sebak, terharu dan sedih buat seketika. Rasa simpati tumbuh berputik kecil di sanubari. Tetapi, mereka melaluinya sendiri. Segala perasaan, pengalaman dan segala-galanya dilalui dengan linangan air mata berdarah, ditempuhi suka duga yang menguji jiwa dan semua ini dilalui dengan ketabahan dan kepasrahan.
Namun, rakyat dan pemuda Palestin memiliki keazaman, kekuatan dan kekentalan hidup yang sungguh luar biasa. Jarang-jarang sekali kita dapat melihat rakyatnya sunggul sedih dan hilang arah hidup. Mereka kelihatan bersahaja, kuat dan teguh berdiri dengan perjuangan yang satu.
Begitu juga dengan Abu Mukmin, bersamanya saya menyelami perasaan ruh perjuangan yang suci ini. MasyaAllah, saya mendapat ,ibrah dan pengajaran yang berharga bersamanya. Saya simpulkan bahawa dalam perjuangan yang panjang dan penuh getir ini – pemuda-pemuda Palestin memiliki satu benteng kekuatan yang sangat luar biasa.
Ya. Kekuatan yang menjadi keperibadian mereka kuat dan tabah dalam menempuhi segala bentuk ujian dan peperangan daripada pihak musuh Zionis Israel laknatullah.
Inilah kekuatan ruhiyah. Ruhiyah yang menjadi asas gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang menyuluh dan menyimbah jiwa mukmin sejati. Akhirnya, yang memenuhi jiwa mereka adalah cinta yang luhur, suci lagi abadi. Yang mereka cintai sesungguhnya adalah Allah SWT. Ia adalah kebenaran dan ia menjadi misi kehidupan mereka.
Saudara dan saudari, bagi saya inilah :
Kepemudaan dan kepewiraan yang sebenarnya. Jiwa yang gelojak perasaan manusia dengan ruh yang membara dan sentiasa membangkitkan perasaan untuk berjuang di tahap tertinggi. Lantas, kepada siapakah yang kita harapkan untuk menggerakan perjuangan ini?
Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah para pemuda dan pemudi. Usirkanlah kenangan mimpi palsu di ufuk senja yang beransur pergi, dan pasakanlah cita-cita yang murni di tanah bumi yang pasti. Pemuda-pemudi, marilah kita sedarkan nurani dengan keghairahan dan keimanan bahawa permasalahan yang berlaku di bumi Palestin adalah tanggungjawab kita bersama.
Perjuangan di bumi Palestin, kita mempunyai hak untuk menyokong dan mendokongnya.
Saya berkesempatan menghadiri sebuah seminar antarabangsa yang berkaitan isu Palestin dan Misi Kemanusiaan Gaza 2011 baru-baru ini. MasyaAllah, banyak input-input baru dan info yang saya perolehi berkaitan isu Palestin. Kini, kita semua perlu mengetahui bahawa pihak Lifeline4Gaza , gabungan NGO di Malaysia sedang bersiap sedia untuk melancarkan Freedom Flotilla Two yang dijangkakan berlepas ke Gaza pada hujung bulan Jun 2011 nanti.
Apa peranan kita?
Banyak perkara yang boleh kita lakukan, antaranya :
- Tunjukan keprihatinan kita tentang isu Palestin, keamanan dan kemanusiaan dengan memandangnya dengan serius serta mengambil berat lagi cakna. Setiap hari kita mengikuti setiap perkembangannya yang disebarkan melalui laman web yang berkaitan Palestin dan juga berita semasa di media cetak mahupun elektronik. Antara laman yang boleh di layari :
- Menyokong misi dan projek ini sebagai lanjutan kepada Misi Freedom Flotilla yang pertama pada tahun 2010 (Mavi Marmara) dengan mengikuti perkembangan Palestin secara konsisten dan penuh peka.
- Membantu menyebarkan poster-poster, laman-laman website dan apa jua sebaran yang berkaitan dengan usaha-usaha menyelamatkan rakyat Palestin daripada cengkaman zionis Israel.
- Memperbanyakan doa, munajat dan solat hajat di dalam solat serta ibadah fardu serta sunnat kita kepada Allah SWT. Mohon agar Allah SWT berikan mereka kekuatan, ketabahan dan pertolongan yang tidak putus-putus daripada Allah SWT.
- Memberi sumbangan dengan seikhlas yang termampu dari segi kebendaan, kewangan dan apa jua yang mampu meringankan bebanan penderitaan rakyat Palestin.
- Tidak jemu-jemu mewar-warkan isu Palestin kepada masyarakat, penduduk setempat dan sesiapa sahaja berkenaan. Kobarkan semangat dan ruh mereka untuk menyelami dan menghayati isu ini dengan kefahaman, keyakinan, kesedaran dan kepercayaan yang membulat kepada Allah SWT.
- Usaha memboikot segala barangan yang mempunyai saham atau memberikan sumbangan kepada Zionis Israel dengan konsisten dan istiqamah. Mengenalpastinya berdasarkan kepada maklumat yang benar dan sahih kemudian semarakannya dikalangan ahli keluarga dan masyarakat.
- Terus-menerus menghidupkan semangat perjuangan rakyat Palestin dan menyokong mereka 100 % tanpa lalai dan alpa. Mengikuti setiap berita, kisah dan perkembangan dengan hati yang simpati, cakna dan peduli. Ia adalah titik keberhasilan dalam membantu rakyat Palestin.
- Kemudahan emel, sebarkan sebarang artikel dan maklumat terkini kepada mailist anda.
- Gunakan akaun Facebook anda, sedarkan semua rakan anda bahawa kempen Freedom Flotilla akan bermula tidak lama lagi. Hiasilah gambar profile anda dengan gambar Palestin atau apa-apa yang mengambarkan perjuangan Palestin.
- Bagi yang memiliki blog, website dan velog. Inilah masanya anda memberikan sumbangan. Nah, penangan para blogger dan velogger sememangnya ada aura dan impaknya. Anda harus memainkan peranan ini.
- Bagi yang memiliki telefon bimbit, anda juga berpeluang untuk menyertai kempen ini. Gunakan mesej anda, sebarkan maklumat dan kata-kata semangat untuk membantu Palestin.InsyaAllah, usaha anda akan diganjari oleh Allah SWT.
InsyaAllah – kita mampu memainkan peranan dan memberikan sumbangan. Soal Palestin, adalah soal bersama. Kepedulian kita adalah soal keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Jadi, anda berhak menempatkan posisi anda dalam isu perjuangan Palestin. Jadi, apakah pilihan anda
Posted by siti fatimah at 3:10 AM 0 comments
palestin:melakr potret pemuda..
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sedarkan jiwamu untuk membela
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Hahahahahahahahahahaa
Aha hahaha Ahahahahaha
Aha hahaha hahahahaha
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap… maju… dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap… maju… dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap… maju… dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Artis : Shoutul Harokah
Posted by siti fatimah at 3:03 AM 0 comments
merindui ainaa'ul mardhiyah
Rindu!..Ermm..hari ini rindu pada seseorang sudah menjadi kebiasaan pada anak muda kita. Bukankah rindu itu satu perasaan indah yang dianugerahkan Allah SWT pada kita. Namun, sejauh mana rindu kita itu satu anugerah Allah SWT atau sekadar perasaan dari nafsu amarah? Menjadi pemuda luarbiasa di sisi Allah, rindunya pada seseorang akan membawa kebahagiaan di syurga, persoalannya mampukah kita miliki rindu sedemikian? Mari kita belajar dari seorang remaja dan pemuda luarbiasa yang merindui Ainaa’ul Mardhiyah, bidadari syurga.
Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid:
“Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk keluar ke medan peperangan, lalu seorang daripada kami membacakan ayat 111 surah at-Taubah yang bermaksud:
“Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum mukminin jiwa dan harta mereka dengan di bayar syurga.”
Di dalam majlis itu ada seorang pemuda berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata:
“Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu.”
Subhanallah, masih adakah remaja seusia 15 tahun mampu berdiri teguh dan mengungkapkan semangat jihad dan kecintaaannya pada syurga Allah sehingga sanggup memberikan segala hartanya?
Abdul Wahid lantas berkata kepada anak muda itu: “Sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan penjualanmu itu.”
Pemuda itu lantas berkata: “Wahai Abdul Wahid, apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah SWT? Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah SWT.”
Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk ke medan perang.
Inilah pemuda yang dirindui umat saat ini. Mempersiapkan diri, ilmu, harta dan kemewahan untuk Deenul Islam. Tatkala semboyan jihad berseru, ia tampil ke hadapan menyerahkan harta dan jiwanya untuk Islam. Inilah kualiti pemuda yang seharusnya ada dalam diri kita. Bukan sekadar berfikir untuk diri sendiri semata atau sekadar mengisi perut sendiri sahaja dan mengumpul kekayaan untuk memenuhi kehendak peribadi.
Abdul Wahid meneruskan ceritanya. Ternyata pemuda tadi benar-benar mengotakan janjinya. Orang yang pertama sampai untuk berangkat ke medan perang adalah pemuda tersebut. Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun solat serta menjaga keselamatan di malam hari. Ketika sampai di sempadan negeri Rom, suatu hari saat selepas waktu Asar, pemuda itu meluru sambil menyeru:
“Alangkah rindunya aku akan Ainaa’ul Mardhiyah.”
Lalu Abdul Wahid bertanya kepadanya: “Wahai kesayanganku, siapakah itu Ainaa’ul Mardhiyah?”
Pemuda itu menjawab: “ Tadi aku tertidur sebentar. Aku bermimpi seorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainaa’ul Mardhiyah. Aku di bawa ke satu taman yang sangat cantik. Di situ ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain di taman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata, demi Allah, itulah suami Ainaa’ul Mardhiyah. Lalu aku memberikan salam kepada mereka dan bertanya apakah di sini tempat Ainaa’ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata, tidak kami hanyalah budak dan pelayan, majulah kamu ke hadapan lagi.”
Pemuda itu meneruskan ceritanya: “ Akupun meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu taman yang ada sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut oleh sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah kulihat sebelum mereka. Mereka berkata, demi Allah lihatlah, suami Ainaa’ul Mardhiyah sudah sampai. Akupun memberikan salam kepada mereka dan bertanya apakah ada kalangan mereka Ainaa’ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata bahawa mereka hanyalah budak dan pelayan Ainaa’ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku.”
Pemuda itu berkata lagi: “Aku meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu lembah yang ada sungai khamar pula. Di situ ramai gadis sedang bersukaria, yang mana mereka lebih cantik sehingga menyebabkan aku lupa akan kecantikan gadis-gadis yang aku lihat sebelumnya. Akupun memberikan salam kepada mereka dan bertanya apakah ada kalangan mereka Ainaa’ul Mardhiyah? Mereka juga berkata tidak dan berkata bahawa mereka hanyalah budak dan pelayan Ainaa’ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku ke hadapan.”
Pemuda itu menyambung ceritanya: “ Aku kemudian bertemu pula dengan sungai madu di dalam satu kebun. Kulihat kebun itu dipenuhi dengan ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikan mereka. Akupun mengucapkan salam kepada mereka dan bertanya apakah ada kalangan mereka Ainaa’ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata bahawa mereka hanyalah budak dan pelayan Ainaa’ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku maju ke hadapan.”
Pemuda itu mengakhirkan ceritanya: Akupun meneruskan perjalanan. Kemudian aku sampai pada satu khemah yang diperbuat dari permata yang indah. Kulihat ada seorang gadis putih bersinar kemerah-merahan yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu khemah tersebut. Setelah ia melihat akan kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainaa’ul Mardhiyah, suami kamu sudah sampai. Akupun menuju khemah tersebut. Di dalam khemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat dari emas yang bertaburan dengan berlian. Sungguh aku terpesona bila aku melihat akan kehadiran seorang gadis yang sangat cantik rupawan, menatapku dalam senyuman duduk di atas tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambutku di gerbang pintu syurga dengan kalimat, “Marhaban bi waliyir Rahman”, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita.Aku ingin menghampirinya, lantas Ainaa’ul Mardhiyah berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya. Kamukan masih hidup di alam dunia. Nanti bila malam, kamu akan berbuka puasa di sini, insyaallah. Kemudian akupun tersedar dari tidurku. Wahai Abdul Wahid, aku rasa tidak sabar lagi.”
Abdul Wahid berkata, “Belum sempat pemuda itu menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba kami di serang oleh pasukan musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas. Setelah Berjaya pemuda itu membunuh Sembilan orang tentera kafir, akhirnya aku melihat pemuda itu rebah. Akupun segera menuju kepadanya. Dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah, kulihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia syahid meninggal dunia.”
Kisah ini penulis kutip dari kitab “Kunci Mendapatkan Syurga Di Dunia dan Di Akhirat” karya Dr. Aidh Al Qarni. Kisah pemuda luarbiasa ini seharusnya memberikan inspirasi kepada para pemuda untuk tidak berlengah lagi mempersiapkan dirinya untuk membela Islam. Peluang kita para pemuda adalah cerah untuk bertemu dengan Ainaa’ul Mardhiyah. Kerana kita berada dalam keadaan Islam telah kehilangan daulahnya. Dalam keadaaan sistem Allah SWT tidak berjalan di atas muka bumi ini dan sistem taghut bermaharajalela. Namun begitu wahai pemuda, perlulah kita memiliki kualiti amal seperti suami Ainaa’ul Mardhiyah, pemuda luarbiasa. Beliau mengajar kita untuk berjihad, memilih untuk menjual dirinya kepada Allah SWT dengan harta dan jiwa raga. Sang pemuda, suami Ainaa’ul Mardhiyah memiliki amal qawwi, ibadahnya luarbiasa dengan solat, puasa dan tahajjud. Tidak salah untuk kita wahai pemuda merindui Ainaa’ul Mardhiyah. Namun persiapkan dirimu, jangan berlengah lagi. Ainaa’ul Mardhiyah sedia menantimu.
Semoga Allah memilih kita untuk menjadi pemuda berani yang mencintai akhirat dan syurga melebihi segalanya.
“(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (yang selamat)” (Yunus: 25)
Posted by siti fatimah at 1:08 AM 0 comments
