BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27, 2011

cerita saya...baru bab 1..nnt nk sambung..:)...selamat membaca


Kriiiinnngggg!!!!Loceng sudah berbuyi menandakan waktu rehat telah tamat. “Nisa,jom masuk kelas.Dah bunyi loceng”,ujar Qaniah kepada Khairunnisa,yang lebih mesra dipanggil Nisa. “Jom”,jawab nisa.sambil berbual kosong,mereka masuk ke kelas.
Dapat dilihat betapa kelam kabutnya pelajar-pelajar masuk ke kelas apabila guru sudah sampai di pintu kelas. “ish budak-budak ni.Tak takut kena marah dengan cikgu Daud ke main lari-lari kat sini,”rungut Qaniah yang tidak tahan dengan tahap kebisingan melampau pelajar pelajar di luar kelas.pelajar pelajar Sekolah  Kebangsaan Maju Jaya ini ditempatkan di bangunan kayu dan sementara menunggu bangunan baharu siap dibina pada Julai 2011.
“Assalamualaikum semua’’,ucapan cikgu nurashikin mematikan lamunan Qaniah.Semua murid 5 maju 1 berdiri bagi menawab salam cikgu tadi. “Waalaikumussalam warahmatullahiwabarokatuh cikgu Nurashikin!”sahut pelajar-pelajar “okey,semua boleh duduk”,kata cikgu Nurashikin,guru sandaran yang menggantikan puan hajah Asnidar yang cuti bersalin sehingga bulan julai,yang senantiasa tersenyum manis buat anak anak didiknya.”sekarang masa cikgu Azlin kan??dia tak datang hari ni,jadi saya relief dia”,ujar cikgu nurashikin.
Ada sesuatu yang menyebabkan semua orang terpaku melihatnya.ya!ada guru baharu disekolah mereka. “cikgu baru ke tu cikgu?”pertanyaan mariyam memecah kesunyian.cikgu norashikin segera memandang Mariyam. “amboi,cikgu kat sebelah nampak aje ea?saya pun cikgu baru jugak!”kata cikgu Norasikin dengan nada merajuk. “alolololo..jangan lah merajuk cikgu,”kata mariyam sambil memegang bahu cikgu Nurashikin. “cikgu tu handsome la cikgu.hihihi,”ujar Amirul Aiman yang membuatkan semua murid 5 maju 1 tertawa,termasuk Qaniah.
                                                ___________________
            Selasai shaja waktu Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu,waktu Matematik akhirnya tiba.Cikgu md Daud tidak dapt hadir ke sekolah kerana ada kursus diluar.Guru baharu yang menyebabkan semua pelajar 5 Maju 1 terpempan masuk ke kelas.Qaniah meneruskan aktiviti termenungnya. “asslamualaikum kelas,” kata guru baharu itu.Namun tiada sambutan oleh pelajar-pelajar lantaran terkejut dengan kehadiran guru itu.guru itu tersenyum melihat semua pelajar bagaikan tidak persan akan kehadirannya di hadapan kelas itu. “assalamualaikum kelas!”kata guru itu. “waalaikumusslam warahmatullahiwabarakatuh cikgu…”,jawapan pelajar-pelajar 5 maju 1 bagaikan tergantung akibat daripada tidak mengetahui nama guru tersebut. “ sekarang waktu cikgu Daud kan?baiklah,semua boleh duduk,buat keja sendiri,kalau ada masalah tanya saya,” ujar guru itu.semua pelajar 5 Maju 1 sibuk membuat kerja yang diberikan oleh cikgu Daud yang berjumlah 45 soalan semua sekali.mereka telah terbiasa dengan kerja rumah sebanyak itu lantaran, “siapa yang tidak buat,duduk di luar sampai siap kerja,”,kata cikgu Daud yang memberi amaran kepada anak anak didiknya supaya menyiapkan semua kerja yang diberikan.Akibat tidak mahu malu kerana tidak siap kerja,mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja itu.kerja yang diberikan itu sebagai pesediaan untuk menghadapi cabaran dalam tahun enam pada tahun hadapan.
            Loceng yang menandakan waktu untuk pulang telah berbunyi.Sesi pembelajaran bagi tahun 1,2 dan 3 akan bermula setelah pelajar sesi pagi pulang.Seperti biasa,semua pelajar 5 Maju 1 beratur untuk pulang ke rumah masing masing.Nisa dan rakan-rakannya telah bersedia untuk membuat bising sebelum pulang.Selepas membaca doa sebelum pulang,guru itu memperkenalkan diri kepada pelajar. “nama saya Helmi,boleh panggil cikgu Helmi,kalau ada terserempak dengan saya dimana-mana,tegurlah,saya tak sombong pun,”.kata cikgu helmi sambil tersenyum mesra kepada mereka. “okey,terima kasih semua!”.kata cikgu helmi. “Terma kasih cikgu Helmi!”,mereka mengucapkan terima kasih kepada cikgu Helmi.guru sandaran yang berumur 19 tahun itu tampak terkejut kerana namanya disebut ketika mengucapkan terima kasih.
                                        __________________________
            Qaniah berjalan lemah longlai menuju ke surau sekolah yang terletak berdekatan dengan kelas mereka.dia selalu diingatkan tentang kepentingan solat.dia tidak mahu diseksa selama 83 tahun di neraka jahanam.sebelum ke sekolah agama,umminya akan datang membawakan makanan,pakaian serta beg untuk dia pegi ke sekolah agama.Qaniah meminta umminya berbuat demikian kerana dia berasa agak susah untuk membawa keperluan ke sekolah agama pada waktu pagi kerana berat.sambil menikmati juadah yang dibawa oleh umminya,dia berbual kosong.
            Tepat jam 2 petang,loceng yang menandakan waktu untuk masuk kelas telah berbunyi.sambil menunggu kedatangan ustazah siti,Qaniah,Nisa,Sakinah serta Asilah berbual.berbagai-bagai jenis cerita mereka kongsikan.dipendekkan cerita,hubungan ukhuwah mereka memang akrab.tidak dapat dinafikan lagi,namun,ujian dalam berukhuwah memang selau melanda mereka.itu perkara normal bagi mereka.
            Apabila ustazah Siti sudah sampai ke kelas,Ridhuan,selaku ketua kelas memberi slam diikuti pelajar-pelajar kelas 5 Al-raudhah.Guru kesayangan murid-murid  al raudhah sentiasa tersenyum sambil melayan karenah anak-anak didiknya.sampaikan ada pelajar yang ingin menipu rakannya juga disokong.pendek kata,memang disayangi pelajar lah ustazah siti ini.

0 comments: