BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 13, 2011

..:renungan bersama:..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya hanya ALLAH yang berhak menilai segala amalan hambanya…
Entah kenapa malam ini buat sukma terkenang balik sepanjang 19 tahun hidup dimuka bumi-NYA, apa amalan yang ingin sukma persembahkan kepada-NYA di akhirat nanti…cukup ke amalan yang sukma buat untuk merasakan nikmat syurga yang menjadi idaman setiap muslim? Adakah amalan yang sukma buat ini akan diterima? YA RAHMAN semoga apa yang hamba-MU ini lakukan sentiasa mendapat redha-MU. Bimbinglah hati ini agar sentiasa berada dijalan-MU dan tidak sesekali berpaling dari ajaran-MU…AMEEN…

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa
Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku
Di mana... Di mana ku berada
Di mana... Oh di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagiaPenuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku
Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu

Wahai sahabatku, mari sama-sama kita renung kembali, dimanakah kita berada sekarang?

Adakah di jalan lurus menuju ke syurga atau jalan yang berliku tak tahu mana penghujungnya?
"Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah" (Al-An'am : 116).

"Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu... " (Al-Maiidah :48)

" Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam maka tidaklah dia diterima (disisi kami) dan dia di hari akhirat kelak akan termasuk di kalangan mereka yang rugi" (Al-Imran : 85).

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)".(hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).

Ayuh mari bersama kita kembali pada AL-QURAN DAN SUNNAH, jangan mudah terpedaya dengan janji dunia, seimbangkanlah dunia dan akhirat kita agar dapat menjamin kesejahteraan duniawi dan ukhrawi…

" Sesungguhnya Agama itu ialah nasihat, sesungguhnya agama itu ialah nasihat, sesungguhnya Agama itu ialah nasihat."(Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 95 Bab 55).

0 comments: